PROFAIL
Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan
perutusan mudir
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Al-Quran adalah merupakan mukjizat yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW yang kekal sehingga hari kiamat. Sebagai petunjuk kepada jalan yang benar, maka adalah penting bagi setiap umat Islam mempelajari, menghayati dan mengamalkan setiap ajaran, arahan dan tegahan yang terkandung di dalamnya. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Al-Bukhari dan At-Tirmidzi yang bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”
Hadis ini mengingatkan kita betapa pentingnya Al-Quran itu untuk di pelajari dan diajarkan kepada mereka yang lain. Mempelajari Al-Quran adalah meliputi bacaan yang betul, fasih dari segi makhrajnya serta mengenali hukum-hukum tajwid. Kemahiran berbahasa Arab merupakan satu kelebihan yang membolehkan seseorang itu menghayati pembacaan Al-Quran dan memahami makna-maknanya.
Atas dasar inilah, maka menjadi tanggungjawab ibu bapa memberikan pendidikan Al-Quran kepada anak-anak supaya sentiasa terpelihara daripada segala gejala negatif dalam menjalani kehidupan seharian. Tanggungjawab ibu bapa di dalam menyediakan pendidikan kepada anak-anak bukan sahaja untuk kejayaan duniawi tetapi juga ukhrawi.
Apa yang menjadi persoalan dalam perkara ini adalah: Adakah ibu bapa mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan mempunyai masa yang terluang untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Senario pada hari ini memperlihatkan bahawa kebanyakan ibu bapa adalah terdiri daripada mereka yang bekerja di mana sebahagian besar masa mereka dihabiskan di tempat kerja. Malahan ada di antara mereka yang mempunyai aktiviti-aktiviti lain selepas waktu kerja.
Faktor ini, samada secara langsung atau tidak langsung, ianya telah menyumbang kepada kurangnya masa terluang kepada anak-anak dari aspek-aspek tertentu seperti pendidikan dan pengajian Al-Quran, moral, psikologi dan sebagainya. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencari alternatif lain dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah Allah kepada mereka.
Hakikat ini telah mendorong saya untuk membuka sebuah pusat pendidikan tahfiz untuk kanak-kanak dan remaja bagi membantu meringankan beban dan tanggungjawab ibu bapa dalam menyediakan pendidikan kepada anak-anak mereka terutama di dalam bidang pengajian Al-Quran. Selain itu, usaha ini merupakan satu tanggungjawab saya sebagai seorang islam terhadap orang islam yang lain melalui penyebaran ilmu pengetahuan yang telah dikurniakan Allah kepada saya.
Ustaz Ishak Bin Abd. Rahim
Mudir
Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan
TENTANG MTAHWE
- Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan diasaskan oleh Al Fadhil Ustaz Ishak bin Abd Rahim dan sahabat – sahabat beliau.
- Mula beroperasi di Taman Alam Jaya, Puncak Alam dan berpindah ke bangunan baru di Kapar Klang pada 5 Januari 2014.
- Mula beroperasi pada 2011 sehingga kini dan telah mendaftar dibawah Jabatan Agama Islam Selangor dan Persatuan Intitusi Tahfiz Negeri Selangor (PITAS)
- Nama maahad diberi oleh Al Habib Muhammad Bin Soleh Al Athas, Murshid Ribat Al Fatah di Huraidhoh Yaman.
- Kewangan Maahad Tahfiz ini bergantung kepada sumbangan serta infak dari individu atau organisasi yang yang mahu memberi sumbangan.
- Mempunyai seramai 9 orang guru, 5 orang kakitangan dan 100 orang pelajar pada tahun 2023 ini.
- Status tanah adalah tanah persendirian dan keluasan 1 ekar.
visi
- Membina penempatan belajar yang baik supaya pelajar dapat belajar dengan selesa.
- Menyusun sistem pengajian berasaskan agama yang menitik beratkan hafazan Al quran dan Fardhu ain disamping ilmu fardhu kifayah yang tidak dilupakan.
- Mengatur suasana sekeliling yang damai dan harmoni agar pelajar dapat memberi fokus kepada hafazan dan pengajian.
- Membimbing dan mengembangkan bakat dan prestasi pelajar agar dapat menghasilkan pelajar yang berqualiti dan berprestasi.
misi
- Melahirkan generasi Al-Quran yang berwawasan dan cintakan Al-Quran.
- Meramaikan Al-Hafiz dikalangan masyarakat Islam.
- Meningkatkan kemahiran dan mutu bacaan Al-Quran.
- Membentuk individu yang berakhlak berdasarkan Al-Quran.
- Membentuk organisasi pendidikan agama dan Tahfiz yg mantap yag mampu melahirkan pejuang agama yg cemerlang dunia dan akhirat.
Barisan Para Asatizah
Ustaz Ishak bin Abd Rahim
Mudir
Ustaz Mohd Fakhrul Hakim bin Muda
Timbalan Mudir
Ustaz Mohd Shahrir Saidi ( Ustaz Al Hadi )
Setiausaha
Ustaz Zikri Bin Zaini
Tenaga Pengajar
Ustaz Mohd Hazam
Tenaga Pengajar
Ustaz Abdul Azim Dol Mat
Tenaga Pengajar
Ustaz Abdul Kayum
Tenaga Pengajar
BARISAN PARA STAF
Encik Jamil
Warden
Ustaz Mohd Fakhrul Hakim bin Muda
Pekerja Am
Encik Mohd Izwad Tajuddin
Pekerja Am
Statistik Terkini
Syahadah
30 Juz
subjek ditawarkan
Fardhu Ain
Description here short and long
Hafazan Al-Quran
Pelajar sedang menghafaz Al Quran
Bahasa Arab
Kelas Bahasa Arab
Talaqi Musyafahah
Description here
Akademi Asas
Description here
